Tempat Menarik Bangi

  • Di sekitar Bangi juga terdapat beberapa tasik buatan peninggalan dari aktiviti perlombongan yang giat di jalankan di kawasan ini sejak zaman dahulu lagi. Kawasan perlombongan bijih timah ini terletak di kiri dan kanan lembah Sungai Semenyih dan Sungai Langat hingga ke Desa Timah Langat di Dengkil. Setelah berakhirnya aktiviti perlombongan sekitar tahun 1976 dan penghujung 80'an kebanyakan tasik-tasik berkenaan kini menjadi tempat tumpuan para pemancing dan penduduk tempatan menjalankan kegiatan riadah. Terdapat juga tasik tapak bekas lombong ini yang telah ditebus guna bagi pelaksanaan projek pembangunan. Di antara tasik yang masih kekal di Bangi ialah :
  • Tasik Bangi bersebelahan Sekolah Rendah Agama Bangi
  • Tasik Maghrib Jalan Sungai Kembong Hilir
  • Tasik KUIS, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Tasik Idaman

Selain itu Bangi juga terkenal dengan kawasan dusun duriannya. Antara dusun yang masih terdapat ialah di Kampung Batu Lima, Bangi dan Kampung Rinching Hilir. Di sepanjang jalan kampung di sekitar Bangi juga terdapat beberapa gerai menjual hasil pertanian seperti pisang, keladi, ubi, keledek, rambutan, durian, tapai dan beraneka jenis buah-buahan tempatan.